TERMA DAN SYARAT PERKHIDMATAN


 
 

Berikut adalah syarat-syarat penggunaan laman web myLESEN serta hak dan kewajipan anda semasa mengakses dan/atau menggunakan perkhidmatan di laman web ini. Sekiranya anda mengakses laman web ini, ia merupakan pengakuan dan persetujuan bahawa anda terikat kepada syarat-syarat ini bersama dasar privasi dan dengan ini, terbentuklah satu persetujuan di antara anda sebagai pelanggan, dan kami, bagi akses dan/atau penggunaan laman web ini.

Syarat-syarat ini akan menggantikan syarat-syarat terdahulu yang anda terima atau akses menerusi laman web ini. Penggunaan dan/atau akses anda kepada perkhidmatan ini seterusnya akan dianggap sebagai penerimaan syarat-syarat ini.

  • Polisi Bayaran Balik

    Perkhidmatan myLESEN beroperasi atas polisi tiada bayaran balik tunai. Kesemua bayaran tidak akan dibayar balik kecuali dalam keadaan tertentu yang akan ditentukan oleh pihak myLESEN sebagai permasalahan yang tidak dapat dielakkan (contohnya masalah teknikal, masalah dengan sistem perbankan). Kredit bagi tujuan ini hanya akan dikeluarkan atas budi bicara dengan syarat tiada kekangan dari pihak agensi yang memberi perkhidmatan berkaitan. Proses bayaran balik adalah dalam tempoh 14 hari dari tarikh masalah dikenalpasti. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bayaran berlebihan telah didebit daripada akaun anda dan merasakan yang anda mungkin layak untuk bayaran balik, sila hubungi agensi berkenaan dengan menyatakan bukti pengesahan pembayaran atau nombor rujukan.

  • Pengubahsuaian Perkhidmatan

    Kami mempunyai hak untuk mengubahsuai atau menamatkan perkhidmatan (atau sebahagian daripada perkhidmatan) sama ada secara sementara atau tetap pada bila-bila masa dengan notis atau tanpa notis kepada pengguna myLESEN. Anda bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas sebarang pengubahsuaian, penggantungan atau penamatan perkhidmatannya. Jenis-jenis perkhidmatan sebenar yang disediakan oleh agensi adalah tertakluk kepada agensi berdaftar dengan myLESEN. Pihak agensi berhak menambah atau mengurangkan perkhidmatan yang ditawarkan pada bila-bila masa. myLESEN berhak menyimpan transaksi pengguna dan tidak terhad kepada tempoh masa walaupun perkhidmatan tidak lagi ditawarkan oleh pihak agensi.

  • Penamatan

    Kami boleh menghentikan akses anda ke mana-mana bahagian perkhidmatan atau seluruh perkhidmatan dan mana-mana perkhidmatan yang berkaitan pada bila-bila masa, dengan sebab atau tanpa sebab, dengan notis atau tanpa notis, dan berkuatkuasa serta-merta. Anda bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas penamatan akses kepada perkhidmatan tersebut.

  • Had Tanggungjawab

    Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan atau exemplary, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain akibat daripada:

    1. Penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan ini
    2. Akses tanpa kebenaran atau perubahan dalam penghantaran atau data anda
    3. Kenyataan atau tindakan pihak ketiga di laman web ini; atau
    4. Perkara-perkara lain yang berkaitan dengan laman web ini.
 
   

Hubungi Kami


Majlis Bandaraya Pasir Gudang
Menara Aqabah,
Jalan Bandar,
81700 Pasir Gudang, Johor

No Tel:07-254 7777, 07-251 3720/21/22
No Faks:07-251 5260
E-mel: mbpg@johor.gov.my

Laman Web : http://www.mbpg.gov.my

Copyrights 2013 B Excelle Sdn Bhd. All Rights Reserved.. All rights reserved.